Mazda guna logo dan tanda kata baharu, lebih ringkas dan jelas

6

Mazda mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan secara berperingkat versi baharu logo syarikat yang merupakan evolusi kepada logo yang diperkenalkan pada Jun 1997.

Ia masih mengekalkan huruf ‘M’ dengan inspirasi sayap yang melonjak (soaring wings).

Pengenalan simbol ini merupakan evolusi jenama ke arah generasi akan datang.

Dari segi estetika, reka bentuk baharu menampilkan bentuk yang kemas dan berani (sleek and bold), yang direka untuk meningkatkan kebolehlihatan, terutamanya dalam persekitaran digital.

Seiring dengan logo, versi baharu tanda kata (wordmark) turut diperkenalkan dengan mengguna pakai gaya yang lebih moden.

Kedua-dua versi baharu logo dan tanda kata sudah pun digunakan di laman sesawang korporat Mazda.

Logo jenama Mazda yang baharu dan sedia ada akan digunakan secara optimum berdasarkan kesesuaian lokasi dan platform media, bagi mengukuhkan pengiktirafan jenama di peringkat global.

Mazda akan terus meningkatkan keseronokan memandu berdasarkan nilai terasnya yang berfokuskan insan, sekali gus mewujudkan pengalaman mobiliti yang menarik dalam kehidupan harian pelanggan dan menyasarkan untuk memberikan kegembiraan hidup.

Sementara itu Mazda memperkenalkan dua model yang menarik di Japan Mobility Show 2025 iaitu VISION X-COUPE dan VISION X-COMPACT.

Menarik tentang VISION X-COUPE ialah ia dibangunkan sebagai crossover coupe dan satu yang mengujakan apabila digerakkan nadi hibrid plug-in dengan enjin rotari.

VISION X-COMPACT pula seperti membayangkan Mazda2 baharu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here