Big Bike Warehouse: Pakej hebat dan tawaran akhir tahun

372

Mencari motosikal atau kelengkapan aksesori, inilah peluangnya apabila acara Big Bike Warehouse kembali pada 9 Disember ini untuk edisi ketiganya.

Menampilan beberapa jenama motosikal membabitkan Harley-Davidson, Royal Enfield, Aprilia, Moto Guzzi dan Vespa yang dikumpulkan di bawah satu bumbung dengan menawarkan pakej hebat serta tawaran akhir tahun.

Kelengkapan aksesori turut ditawarkan menerusi jenama Zeus, HJC, Astone, Hypergear, Ipone dan banyak lagi.



Khas pada hujung minggu ini, semua motosikal berkapasiti lebih 250cc bakal menerima tawaran istimewa untuk memiliki Bike Warrior Road Side Assistance selama 2 tahun. 

Big Bike Warehouse diadakan di Pacific Towers, Petaling Jaya dari 9 hingga 11 Disember 2022 bermula 10 pagi sehingga 6 petang.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here