Pelumba 18 tahun, Hayden Haikal mengejar kejuaraan antarabangsa pertamanya

588

Pelumba muda negara, Hayden Haikal bakal bersaing di perlumbaan Thailand Super Eco di Litar Antarabangsa Buriram Chang bagi mengejar kejuaraan antarabangsanya yang pertama. 

Anak muda yang berusia 18 tahun itu sebelum ini sudah meraih dua kemenangan dan menduduki tempat ketiga sebanyak tiga kali selepas enam perlumbaan dan kini berada di kedudukan kedua keseluruhan di dalam kejuaraan tersebut. Beliau hanya 20 mata dibelakang pelumba Thai Na Dol Vatanatham yang mengumpul 105 mata. 



“Dari segi kiraan mata saya mempunyai peluang yang baik untuk bersaing memenangi kejuaraan keseluruhan Thailand Super Eco tetapi ini bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi berdepan dengan saingan yang begitu hebat. Saya akan menumpukan fokus sepenuhnya kepada kedua-dua perlumbaan hujung minggu ini,” kata Hayden.

Dia berazam mahu membawa balik kejuaraan keseluruhan, namun mengakui akan tetap berpuas hati sekiranya habis ditempat kedua memandangkan ini kali pertama beliau bersaing di perlumbaan antarabangsa. 

Dua pusingan terakhir perlumbaan Thailand Super Eco melibatkan dua perlumbaan berasingan sebanyak 12 pusingan pada hari Sabtu dan Ahad (10 dan 11 Disember). Seramai 23 pelumba akan bersaing dan Hayden merupakan satu-satunya wakil pelumba asing yang menyertai. 

Walaupun berlumba di Thailand untuk kali pertama, prestasi Hayden begitu menyerlah apabila beliau secara konsisten menghabiskan setiap perlumbaan di tiga tempat teratas. Perlumbaan Thailand Super Eco diadakan di litar jalan raya khas Bangsaen dan juga di Litar Antarabangsa Buriram Chang. 

Berbekalkan pengalaman lima tahun berlumba di kejuaraan Vios Challenge di Malaysia, Hayden bagaimanapun tidak gentar apabila beliau memenangi tempat kedua pada perlumbaan pertama beliau di litar jalan raya Bangsaen pada bulan Jun. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here