Tesla didakwa cabut sensor radar tanpa pengetahuan pelanggan

608

Dua tahun lalu, Tesla memutuskan untuk mengeluarkan peralatan sensor radar pada model 3 dan Y kemudian diikuti S dan X.

Model S dan X yang dibina untuk pasaran Amerika Utara telah menggunakan sistem berasaskan penglihatan sahaja sejak Februari 2022.



Tesla kini dikatakan membuat kerja secara senyap dengan menanggalkan sensor radar berkenaan ketika selang servis kereta pelanggan.

Perubahan itu disedari oleh beberapa pelanggan yang menemui item tanpa kos pada resit servis yang perlu diluluskan sebelum Pusat Servis Tesla melakukan penyelenggaraan. 

Sekiranya pemilik tidak meneliti dan langsung meluluskannya, juruteknik mungkin akan ‘membuang’ sambungan radar berkenaan. 

Bertentangan dengan laporan terdahulu, secara fizikal Tesla tidak mengeluarkan unit radar daripada kereta pelanggan.

CABUT RADAR DARIPADA ABAH-ABAH

Sensor radar depan Model S

Sebaliknya, buletin perkhidmatan (yang tidak boleh diakses oleh orang ramai, namun dikongsi Reddit) memaklumkan Tesla menanggalkan sambungan radar daripada abah-abah kenderaan dan menutup hujung palam.

Jadi unit radar masih ada, cuma tidak disambungkan secara fizikal ke pendawaian abah-abah kenderaan.

Sesetengah pemilik mengesan item berkenaan lalu mengeluarkannya daripada senarai servis. Tetapi, dikatakan item itu ditambah semula secara automatik.

Bagaimanapun, pemilik yang enggan melakukan servis diberi amaran bahawa kemas kini perisian (over-the-air software) pada masa depan akan melumpuhkan sensor tersebut. 

Autopilot berasaskan penglihatan mempunyai beberapa kelemahan berbanding kenderaan yang menggunakan radar.

Sebagai permulaan, kenderaan tidak boleh menggunakan kawalan pelayaran atau Autopilot melebihi 137kmj. Ini bukanlah isu besar memandangkan had laju maksimum di Amerika adalah 137kmj dan EV kehilangan sedikit kecekapan pada kelajuan lebih tinggi.

Pemilik juga tidak boleh mengekori kenderaan depan dengan rapat yang mana perlu mengekalkan jarak dua kenderaan. Ini bermakna mudah untuk kenderaan lain menyelinap di ruang kosong tersebut.

PELANGGAN TIDAK GUNA RADAR TEMPOH LAMA

 

Teknologi Tesla memaklumkan beberapa pemilik bahawa kenderaan mereka telah lama tidak menggunakan sensor radar.

Seorang pemilik dimaklumkan kenderaan mereka ‘tidak menggunakan sensor lebih tiga bulan’ selepas dilumpuhkan oleh kemas kini perisian.

Jadi mengapa Tesla ‘mengganggu’ radar tersebut jika kenderaan tidak menggunakannya selama lebih setahun?. Menurut Tesla Motors Club, unit radar itu tersebut menggunakan bateri yang tinggi. 

Dilaporkan, pemilik yang mencabut sensor tersebut hanyalah pemilik kenderaan yang menggunakan Tesla Vision.

Kenderaan lama, atau kenderaan tanpa kamera dan komputer Autopilot yang dinaiktaraf, sensornya tidak dicabut. Mungkin kerana bergantung pada sensor radar, tidak seperti kenderaan yang dilaporkan mengalami kelumpuhan perisian.

Bagaimanapun, pemilik yang membayar untuk menaiktaraf perkakasan Autopilot dilaporkan telah mencabut palam unit radar tersebut.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here