“Cakap dengan mak harga RM100 lebih,” bapa kantoi beli helmet baru KYT Merdeka

1013

Seorang rider akan cuba menyembunyikan harga riding gear yang dibeli bimbang isteri tidak suka ataupun marah. 

Biasalah asam garam kehidupan, bukan takut bini tetapi menjaga perasaan isteri lagipun ‘beras kita beli’. 



Seperti mana yang dikongsi oleh seorang wanita ini apabila bapanya ‘kantoi’ membeli sebuah helmet baru KYT Hellcat Merdeka 64 (2021). 

Video berdurasi 3 minit 41 saat itu menunjukkan wanita berkenaan cuba membongkar rahsia tersebut selepas terlihat bapanya menunjukkan helmet itu kepada seorang rakan.

“Semalam ternampak abah unboxing helmet dgn kawan dia, tapi abah tak nampak kita. Tapi abah tak ngaku tu helmet dia. Cubaan mengorek dari abah,” tulisnya pada kapsyen video. 

@siapasiapahmm

Kisah abah dan helmet barunya😂

♬ original sound – Sayabukandia – Sayabukandia

Di awal video bapanya menafikan tentang pembelian helmet berkenaan dan cuba menukar topik perbualan.

Bagaimanapun, bapa wanita itu akhirnya mengalah dan mengakui sudah membeli helmet baru.

“Abah takut mak marah sebab membazir,” tulisnya.

@siapasiapahmm

Replying to @shazalikornain mak orang nogori, tu yg garang sikit. Tapi mak penyayang jee hehehe

♬ original sound – Sayabukandia – Sayabukandia

Selepas itu, bapanya teruja untuk menunjukkan helmet berkenaan dan menyatakan ingin gunakannya menunggang ke Johor. 

Lebih mencuit hati, bapanya meminta wanita itu tidak membongkar harga sebenar helmet tersebut.

“Cakap dengan mak RM100 lebih, takut mak marah,” wanita itu mengulangi pesanan bapanya.

Berdasarkan survei online, harga helmet KYT merdeka (2021) sekitar RM400 lebih. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here