Suspek belasah isteri guna helmet diberkas polis

1069

Seorang lelaki yang memukul kepala isterinya dengan topi keledar di tepi jalan di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 2, Gua Musang ditahan, semalam. 

Lelaki berusia 35 tahun itu diberkas kira-kira jam 2.30 petang di sebuah rumah RKT Kesedar Paloh 2.



Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata siasatan mendapati, wanita berkenaan merupakan isteri suspek. 

“Lelaki itu memberitahu, dia meminta mangsa menjaga ibunya yang sedang sakit. Berlaku perselisihan faham apabila dia tidak membenarkan isteri bekerja sebagai pembantu kedai pergi ke tempat kerja. 

“Pemeriksaan ke atas suspek tidak menjumpai apa-apa barangan salah, namun ujian air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis methaphetamine,” katanya. 

Polis merampas topi keledar berwarna merah yang digunakan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 323/18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Suspek direman selama empat hari bermula untuk siasatan lanjut. Sebelum ini tular sebuah video di media sosial yang menunjukkan lelaki berkenaan memarahi, menampar dan memukur wanita tersebut dengan helmet.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here