Spark tawar RX-Z bernilai RM43k hadiah cabutan bertuah

1640

Yamaha RX-Z Catalyzer milik Zul Huzaimy yang berharga RM43,000 bakal menjadi rebutan pembeli baju Melayu keluaran sebuah syarikat.

Kenderaan milik pelakon itu yang dibeli daripada seorang pempengaruh disediakan sebagai hadiah cabutan bertuah sepanjang empat bulan pembelian baju Melayu itu yang dilancarkan di pasar raya KB Mall, Kelantan, kelmarin. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by zul huzaimy (@zulhuzaimy_m)



Zul Huzaimy sebagai rakan kongsi syarikat itu, berbesar hati untuk menjadikan motosikal yang dianggap vintaj sebagai hadiah utama.

Yamaha RX-Z (2009) itu baru dibeli seminggu lalu dan sebagai seorang yang berjiwa rider tak ada rasa sayang langsung untuk menghadiahkan orang ramai motosikal itu.

“Motosikal RXZ Catalyzer ini juga adalah simbolik kepada imej mat motor termasuk saya dalam masa yang sama menggalakkan pembelian baju Melayu dalam kalangan remaja,” katanya.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here