[Video] Tuanku pandu Peugeot 5008 ke kolam pancing bersama Tengku Zafrul

867

Tahun lalu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencuri perhatian negara apabila memandu Hyundai Palisade berwarna putih keluar dari pintu dua, Istana Negara.

Baginda sering kali dilihat memandu kenderaan tanpa pemandu. Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok @kingkong berkongsi video pendek menunjukkan Baginda tiba di sebuah kolam pancing bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industi, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

@kingkongkeetuhh

#sultanabdullahmuhammadshah #tengkuhassanalshah #tengkuhassanal #tengkumahkotapahang #tengkuzafrul #saujanautama #malaysia #malaysiantiktok #malaysiaboleh #tiktokviral #royalpahang #daulattuanku #fyp #trending #tiktok #kolamikan #tengkuazizah #tengkuazizahaminahmaimunah #royalpahangprince #trending #viral #sultan

♬ BUM BUM – Mohamed Ramadan



Klip video itu mencuri perhatian netizen apabila Baginda hadir memandu sendiri Peugeot 5008 berwarna putih dengan nombor plat lambang diraja berwarna kuning. 

Kenderaan itu mengingatkan kita kembali pada SUV Hyundai Palisade yang juga berwarna putih. Baginda melakukan aktiviti riadah memancing di Kolam Pancing Afprow, Saujana Utama.

Kebanyakan netizen teruja melihat Baginda turut berminat dalam sukan memancing.

“Tuanku kan kami dah cakap sukan ni tiada jalan keluar,” tulis Dane nak kurus.

Sementara seorang lagi pengguna TikTok berkata “Dh pesan dh hritu dkt Tuanku, sekali strike pasti nak lagi.”

Selain itu, ada juga yang ingin mengetahui model Peugeot yang dipandu Baginda. Berdasarkan pemerhatian kami Peugeot berwarna putih tersebut merupakan model 5008. 

Walaupun agak sukar membezakannya dengan 3008 kerana fascia depan yang sama di samping lencana model pada hud tidak dapat dilihat dengan jelas.

Pengedar tunggal Peugeot di Malaysia adalah Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd. Harga Peugeot 5008 berkenaan adalah RM182,388 seunit.

SUV tujuh tempat kerusi tersebut dijana oleh enjin 1.6 THP yang menghasilkan kuasa 165hp dan tork 240Nm bersama transmisi automatik 6-kelajuan.

Peugeot 5008 Allure facelift merupakan model pemasangan tempatan (CKD) di Gurun, Kedah yang didatangkan dengan fascia depan direka bentuk semula. 

Gril depan tanpa bingkai dipadankan dengan lampu LED penuh yang direka bentuk semula dan lampu nyala siang (DRL) LED menegak. Sementara lampu belakang LED penuh menampilkan rekaan signatur Peugeot iaitu tiga dimensi kuku singa.

Sementara bahagian dalam didatangkan dengan konsep i-Cockpit merangkumi kluster instrumen digital 12.3-ini dan skrin sentuh 10-inci bersama ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here