Yang Di-Pertuan Agong terima Civic Type-R sebagai hadiah Hari Keputeraan

3119

Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah terima Civic Type-R FK8 sebagai hadiah Hari Keputeraan daripada Honda Malaysia yang disambut Isnin lalu, 9 September 2019.

Majlis penyerahan kereta yang akan digunakan sebagai pengiring itu dibuat di Istana Negara.



Pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif Honda Malaysia, Mr Toichi Ishiyama berkata, “Civic Type-R mendapat takhta ‘kereta pacuan roda depan terpantas’ di litar lagenda Nurburgring dan mula diperkenalkan pada 2017. Ia bukan sahaja ideal dipandu di litar tetapi juga untuk pemanduan harian.”

“Bagi pihak Honda Malaysia, kami berbesar hati untuk menghadiahkan Civic Type-R ini kepada baginda Yang Di-Pertuan Agong untuk kegunaan pengiringnya setiap hari.”

Selain terima Civic Type-R sebagai hadiah Hari Keputeraan, Honda Malaysia turut menghadiahkan sebuah Honda Civic 1.5L VTEC Turbo Premium kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, yang juga akan digunakan sebagai kenderaan pengiring.

Honda Civic Type-R dikuasakan oleh enjin 2.0-liter VTEC Turbo yang menghasilkan 310PS dan 400Nm tork. Enjin berkuasa ini dipadankan dengan transmisi manual 6-kelajuan dan kuasa dihantar ke roda depan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here