Mercedes berhasrat kuasai Formula E

242

Mercedes berhasrat kuasai Formula E untuk musim 2019-20 dengan ketua pasukan, Toto Wolff berkata misi baharu mereka bakal diketuai pemandu Stoffel Vandoorne dan Nyck de Vries.

Jenama pengeluar kereta dari Jerman itu mengungguli Formula Satu sejak beberapa tahun lalu dengan menjuarai kategori pemandu dan pengeluar untuk lima musim berturut-turut.

“Ini adalah misi terbaharu kami dan ianya digelar misi elektrik,” kata Wolff ketika sesi pengenalan jentera Mercedes-Benz EQ Silver Arrow 01.

Formula E memasuki musim keenam tahun ini dengan pelumba dari Perancis, Jean-Eric Vergne adalah juara bertahan.

Mercedes yang disertai Porsche sebagai pasukan bahru musim depan menamakan bekas pemandu F1 McLaren, Vandoorne dan pendahulu Formula Dua, De Vries sebagai pemandu mereka.

“Kami membuka era baharu,” kata Wolff kepada AFP. “Ini kali pertama kami mempunyai kereta elektrik dan ia detik sangat istimewa.

“Sasaran Mercedes berhasrat kuasai Formula E dan mencapai tahap membolehkan kami mencapai kemenangan tetapi untuk musim pertama ini masih di peringkat belajar.”

“Kami pendatang baharu, jadi sasaran mestilah tidak terlalu tinggi,” katanya lagi.

Pelumba Belanda, De Vries meraih tiga kemenangan di Formula Dua musim ini bersama Red Bull Ring dan kini menjadi pendahulu dengan 59 mata.

Pelumba Belgium, Vandoorne mengutip 26 mata sepanjang tiga musim bersama McLaren di F1 antara 2016-2018.

Komen anda mungkin membantu