Adam Norrodin tak letak sasaran tinggi di San Marino

1096

Pelumba negara, Adam Norrodin tak letak sasaran tinggi pada penampilan semulanya di Kejuaraan Motosikal Dunia di Grand Prix (GP) San Marino, minggu ini. 

Pelumba pelapis SIC Racing Team itu diberi tanggunggjawab menggantikan tempat Khairul Idham Pawi dalam pasukan Moto2 PETRONAS Sprinta Racing di litar Misano selepas rakan senegaranya masih dalam proses penyembuhan daripada pembedahan jari kelingking kanan. 



“Saya tidak mahu memasuki minggu perlumbaan ini dengan terlalu meletakkan sasaran dan menjadikan diri saya dibebani tekanan untuk perlumbaan pertama Moto2 saya,” kata Adam yang sebelum ini menyertai pasukan dalam kelas Moto3. 

“Begitupun, keutamaannya adalah untuk mempelajari sesuatu daripada setiap sesi dan kekal konsisten di sepanjang minggu perlumbaan. Sekiranya saya mampu mencatat keputusan yang bagus, ia akan menjadi bonus.”

Adam atau dikenali sebagai ‘Torete’ turut mengulas mengenai cabaran di litar Misano dengan berkata: “Misano bukan sebuah trek yang mudah, tetapi kebiasaannya catatan masa sepusingan di sini daripada awal sehingga penamat tidak terlalu jauh perbezaannya. 

“Saya menggemari litar ini, ia teknikal dan menyeronokkan buat seorang pelumba. Ia tempat untuk kamu belajar, jadi ia sebuah trek yang bagus untuk membuat kemunculan semula!.

“Saya berkali-kali melihat perlumbaan tahun lalu termasuk juga beberapa perlumbaan tahun ini dan saya juga ada bercakap dengan beberapa pelumba bagi membolehkan saya memahami enjin Triumph yang digunakan. 

“Ini bermakna saya memperoleh sedikit data, tetapi kita akan lihat sejauh mana perasaannya apabila saya menunggang motosikal ini untuk kali pertamanya nanti.”

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here