Hadri dan Toyota AE86 sambung perjalanan ke Jerman

5700

Malam tadi, satu TT lepak santai diadakan untuk menyambut kedatangan sebuah Toyota AE86 yang akan menjelajah dari Malaysia ke Jerman melalui jalan darat.

Pemandunya, Hadri akan melalui 25 buah negara melalui Thailand, China, Mongolia, Latvia, Rusia dan seterusnya masuk ke Eropah sebelum sampai di Jerman.



Persinggahannya di Sungai Petani ialah merupakan checkpoint pertama sebelum melalui beratus lagi tempat persinggahan. Penjelajahan ini dijangka mengambil masa 98 hari.

Menyambut ketibaan Hadri dan Toyota AE86 ini, perjumpaan ringkas itu diadakan oleh Gabungan Kelab Kereta Negeri Kedah (GKKnK) dengan kerja sama dari Retro Havoc Motorsport World Tour bertempat di Parking Bertingkat Reverfront City, Sungai Petani, Kedah.

Perjumpaan itu juga merupakan simbolik sokongan moral kelab itu kepada Hadri dan dianggarkan lebih 200 hadir dimana setiap orang merupakan wakil kelab kereta yang bernaung di bawah GKKnK.

Terdahulu, perjalanan Hadri dimulakan dan dirasmikan dalam satu acara di ibu pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia di Putrajaya.

Selain membawa mesej dan kempen oleh Kementerian Pelancongan dan Tahun Melawat Malaysia 2020, destinasi sebenar Hadri adalah di Litar Nurburgring yang dikenali “The Green Hell” di Jerman.

Di sana, dia akan membuat catatan masa di litar itu dengan tetapan kereta yang telah diuji di litar Sepang sebelum ini.

Dan selain itu, Hadri mengumumkan bahawa di penghujung penjelajahan ini, dia akan melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya iaitu gadis Jerman yang menetap di sana.

Pada masa anda membaca artikel ini, Hadri mungkin telah melepasi sempadan Malaysia-Thailand.

Anda boleh ikuti perjalanannya di laman Instagram @ae86worldtour. Kami doakan semoga perjalanan Hadri selamat dan berjaya!

Imej: Hayashi86.com dan Raziman Sipico

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here