Helmet KYT Frontliner 2020 – Kenangan untuk hargai orang penting dalam memerangi Covid-19

1406

Buat kaki motosikal, pastinya topi keledar ini KYT Frontliner 2020 boleh menjadi kenangan buat seluruh warga Malaysia.

Wabak pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), adalah satu daripada sejarah serta seharusnya tidak akan dilupakan buat seluruh masyarakat Malaysia.

Apa yang lebih utama, mereka yang bertungkus-lumus dengan terbabit untuk mengawal penularan Covid-19 di negara ini seharusnya diberi pujian.

KYT Frontliner 2020 itu menggunakan topi keledar ‘open face’ yang mempunyai paparan grafik termasuk Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Pada masa sama, ia turut memaparkan gambar petugas barisan hadapan seperti jururawat, polis dan juga anggota tentera.

Pada bahagian belakang, gambar perkataan “Stay At Home Malaysia” ia sangat simbolik dengan arahan kerajaan pada perintah PKP yang bermula 18 Mac lalu.

Ia dijual bermula pada harga RM269. Difahamkan produk itu akan diserahkan kepada pembelinya bermula September ini.

Untuk pertanyaan langsung, anda boleh bertanya layari Facebook FT Garage Racing – BIKE Helmet Shop.

💥💥𝗞𝗬𝗧FRONTLINER2020💥💥💥💥𝗛𝗔𝗦𝗛𝗧𝗔𝗚#kytfrontliner#kitajagakita#ftgarageOPEN ORDER : 18/4/2020( SABTU, 9MALAM) TUTUP…

Posted by FT Garage Racing – BIKE Helmet Shop on Saturday, April 18, 2020

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here