Sebab pandu McLaren ke sesi latihan, pemain bola sepak Bayern Munich didenda RM237K

1934

Pemain sayap pasukan Bayern Munich, Kingsley Coman bakal berdepan hukuman denda oleh kelab itu selepas beliau menghadiri sesi latihan dengan memandu sebuah McLaren, dan bukan Audi.

Bayern munich McLaren

Audi, bersama Adidas, Allianz dan Deutsche Telekom, adalah penaja kelab yang turut menyediakan kereta kepada semua pemain.



Pengarah sukan, Hasan Salihamidzic pada awal musim ini dilaporkan dengan memberi amaran kepada pemain. Mereka bakal didenda sebanyak €50,000 (RM237,618) sekiranya hadir ke tempat latihan dengan menaiki kenderaan dari jenama bukannya daripada Volkswagon, termasuk Bentley dan Porsche.

Tetapi Coman pada minggu ini memilih untuk menggunakan McLaren 570S Spider putih miliknya. Beliau dikatakan  sudah pun melanggar peraturan kelab dan dilaporkan pemain itu kini akan dikenakan denda.

Bagaimanapun, Coman turut memohon meminta maaf kepada kelab dan Audi kerana datang berlatih dengan tidak memandu kereta yang disediakan oleh penaja.

“Sebab saya melakukan hal ini ialah kerana cermin sisi kereta Audi patah. Akan tetapi, ia masih merupakan satu kesalahan,” katanya.

Bayern, bersama dengan kelab Bundesliga yang lain dikatakan kembali menjalani latihan minggu lalu selepas musim ini terjejas akibat pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, perlawanan antara kelab masih ditangguhkan sehingga sekurang-kurangnya pada 30 April 2020.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here