Covid-19: Kejuaraan Cub Prix kini dalam tempoh sukar

1602

Industri sukan permotoran negara kini berada dalam situasi yang sukar berikutan penularan pandemik Covid-19 yang melanda Malaysia dan seluruh dunia pada ketika ini.

sukan permotoran

Promoter bagi acara Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas, Ron Hogg berkata, dengan tiada bantuan khusus diberikan kepada sukan permotoran, pendapatan mereka yang terbabit dalam industri berkenaan seperti pelumba dan mekanik turut terjejas.



Katanya, meskipun pihak penaja rata-ratanya kekal memberikan komitmen penuh, mereka sudah pastinya tetap mahukan pulangan setimpal daripada pasukan yang ditaja.

“Yang penting adalah perlumbaan perlu berlangsung dan apabila itu berlaku, maka setimpal untuk membayar gaji kepada kru pasukan. Kalau tak ada perlumbaan dalam tempoh semusim, bagaimana nak bayar gaji mereka.

“Walaupun kami tak bergantung kepada jualan tiket kerana penonton masuk menyaksikan perlumbaan secara percuma, sekiranya perlumbaan terpaksa dilangsungkan secara tertutup, ia juga akan memberi kesan kepada penaja yang kebiasaannya menjual dan memperkenalkan produk mereka ketika berlangsungnya perlumbaan.

“Tapi sekurang-kurangnya perlumbaan tetap berlangsung dan industri ini terus berjalan,” katanya yang menyatakan kira-kira 700 kakitangan terbabit dalam Kejuaraan Cub Prix dengan hampir kebanyakannya berstatus kontrak.

Kejuaraan Cub Prix Malaysia belum berlangsung musim ini dengan pusingan pertama yang sepatutnya berlangsung di Tangkak pertengahan bulan lalu ditangguhkan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here