PKP: Orang ‘bertapa’ di rumah, boleh pula ko pergi pantai!

2087

Dua remaja lelaki dan seorang remaja perempuan telah ditahan oleh pihak polis ketika bersiar-siar di kawasan Pantai Bukit Keluang di Jerteh, Terengganu. Mereka antara 10 individu berusia 17 hingga 46 tahun yang ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

PKP pantai

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad dalam laporan Harian Metro berkata, ketika ditahan, kedua remaja lelaki yang berusia 20-an dan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun itu memberi alasan mahu melihat pemandangan laut kerana sudah lama tidak berbuat demikian.



“Tujuh lagi individu pula ditahan di sekitar kawasan kampung dan di jalan raya selepas gagal memberi alasan munasabah untuk keluar.

“Kebanyakan mereka ditahan pada waktu malam sedangkan waktu operasi kedai atau pasar raya hanya setakat 6 petang,” katanya.

Beliau juga berkata, seorang daripada individu itu sudah didakwa di Mahkamah Majistret Besut dan dijatuhi hukuman penjara dua minggu, manakala sembilan lagi masih dalam tempoh tahanan reman.

Katanya, mereka akan didakwa dalam masa terdekat mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here