QJMotor SRK 250 RD bakal cabar Ninja ZX-25R, harga lebih mampu milik?

210

Bila kita berbicara tentang jentera dua roda empat dapur (empat silinder) mampu milik, sudah pasti terbayang dalam fikiran model Kawasaki ZX-25R.

Yang pasti, segmen tersebut bakal dimeriahkan dengan sebuah lagi model motosikal baharu dari pengeluar China, iaitu QJMotor.

Terkini, CEO MForce Asri Ahmad memberikan bayangan kemunculan model terbaharu QJMotor SRK 250 RD untuk pasaran tempatan di laman Facebooknya.

Mengikut spesifikasi, QJMotor SRK 250 RD ini dikuasakan oleh enjin empat silinder sebaris 249 cc dengan janaan kuasa 40.8 PS pada 15,500 rpm dan daya kilas 22 Nm pada 12,500 rpm.

Kuasa itu disalurkan kepada roda belakang menerusi pacuan rantai dan transmisi enam-kelajuan.

Jentera ini turut didatangkan dengan fork teleskopik jenis terbalik di hadapan, sistem brek dengan rotor bersaiz 320 mm depan/240 mm belakang, tangki bahan api 16 liter dan tinggi pelana 808 mm.

Melihat kepada pendekatan harga murah yang ditawarkan oleh pihak MForce, kami menjangkakan harga jualan bagi jentera empat dapur ini jauh lebih murah berbanding model pesaingnya.

Untuk makluman, pihak Modenas menawarkan model Kawasaki Ninja ZX-25R dengan harga jualan bermula dari RM33,900.

Memandangkan SRK 250 RD ini masih lagi baharu dibangunkan oleh pihak QJMotor, kita boleh jangkakan kehadirannya di pasaran menjelang akhir tahun ini atau awal tahun hadapan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here