Utama Berita Automotif Tesla Malaysia mula penghantaran Model Y

Tesla Malaysia mula penghantaran Model Y

91

Tesla Malaysia memulakan penghantaran Model Y kepada pelanggan yang mana SUV itu didatangkan dengan pilihan tiga varian :

  • Model Y (pacuan roda belakang) : RM200,700
  • Model Y Long Range (dwimotor pacuan semua roda) : RM247,700
  • Model Y Performance (dwimotor pacuan semua roda) : RM289,700

Dengan motor yang amat responsif, Tesla Model Y memerlukan hanya 3.7 saat untuk memecut dari 0-100kmj dengan jarak perjalanan sehingga 533km (WLTP) bagi setiap pengecasan. 



Kereta elektrik (EV) dengan kapasiti lima penumpang itu didatangkan dengan ruang kargo 2,100 liter, bumbung kaca, autopilot dan ciri keselamatan aktif serta sistem penapisan udara zarah berkecekapan tinggi (HEPA).

Tesla berhasrat mengembangkan lagi jualan, perkhidmatan selepas jualan dan sokongan pengecasannya di Malaysia untuk menyediakan pengalaman pemilikan yang mudah dan lancar.
 
Sehingga kini, Tesla telah membuka dan mengendalikan enam stesen pengecasan super serta lapan stesen pengecasan destinasi di Malaysia, menawarkan sejumlah 30 pengecas super dan 37 pengecasan destinasi di bandar-bandar utama di negara ini.
 
Tesla berkata ia akan terus membina lebih banyak infrastruktur pengecasan dan memperluaskan liputan pengecasan di Malaysia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here