Penunggang Yamaha RX-Z beraya dengan aksi wheelie ditahan, motosikal disita

1325

Seorang lelaki ditahan pada Khamis lalu selepas video aksinya yang menunggang Yamaha RX-Z secara berbahaya di beberapa lokasi di sekitar ibu kota tular di media sosial.

yamaha rx-z

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, rakaman video berdurasi 28 saat itu memaparkan tindakan seorang lelaki berbaju Melayu lengkap berkopiah dan berselipar menunggang Yamaha RX-Z dalam keadaan berbahaya dan melakukan aksi wheelie.



Beliau berkata, bertindak atas laporan polis yang diterima, Unit Risikan Operasi JSPT Kuala Lumpur yang diketuai oleh Inspektor Mohammad Solihi Shafie mengesan serta menahan suspek berusia 21 tahun pada jam 7 petang, Ahad.

“Kita turut menyita Yamaha RX-Z tersebut serta merampas pakaian yang digunakan oleh suspek dalam video tersebut.

yamaha rx-z

“Suspek kini ditahan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya,” katanya.

Menurutnya, semakan rekod lampau mendapati suspek pernah ditahan sebanyak dua kali sebelum ini di atas kesalahan yang sama dan telah dihukum di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 pada tahun 2018.

Lelaki itu juga pernah diperintah melakukan Khidmat Masyarakat selama 12 bulan dan lesen memandu digantung selama dua tahun pada tahun lalu.

Zulkefly berkata, pihaknya sedang mengesan individu yang berperanan sebagai perakam aksi itu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 111 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana bersubahat.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana- mana balai Polis berhampiran,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here