CEO McLaren jual 720S (2017) miliknya, harga RM960k!

2194

Sebuah McLaren 720S (2017) milik Ketua Eksekutif McLaren, Mike Flewitt kini disenaraikan untuk dijual.

McLaren 720S

Supercar berwarna Paris Blue itu dilengkapi rim 10 jejari super ringan, kaliper brek hitam, pek stealth, dan ekzos keluli tahan karat.



Selain itu, 720S tersebut didatangkan dengan kemasan gentian karbon pada bahagian intake, splitter, bumbung, cermin sisi, bonet belakang, penutup enjin, dan diffuser.

McLaren 720S

Ruangan dalam pula menampilkan tempat duduk elektrik, tali pinggang keledar karbon, stereng balutan Alcantara, panel pendingin hawa gentian karbon, dan sistem audio 12-pembesar suara Bowers & Wilkins.

Berdasarkan maklumat dari O’Kane Lavers, supercar itu diservis pada 2018, 2019, dan 2020 dan memiliki perbatuan 17,546km serta waranti masih sah sehingga Julai (2022).

McLaren 720S

Ketika diperkenalkan model tersebut dijual pada harga USD420,000 (RM 1.7 juta). Bagaimanapun, harga 720S terpakai itu bernilai USD226,905 (RM960,375).

Kereta yang  dijaga dengan sangat baik itu dibaluti sepenuhnya menggunakan filem pelindung cat agar sentiasa kelihatan seperti baharu.

McLaren 720S

Walaupun diperkenalkan pada 2017, McLaren 720S merupakan salah satu kereta pengeluaran terpantas di dunia.

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here