Koleksi menarik remaja 16 tahun, dari Honda Civic EG6 hingga Nissan GT-R R35

2370

Mempunyai minat dalam dunia automotif tidak mengenal had umur. Tidak terkecuali, David Djaja, remaja berusia 16 tahun dari Indonesia.

David dikenali sebagai pelumba beginner di Litar Sentul, Bogor, Jawa Barat, dan dia pernah muncul juara dalam kelas 1,600cc.

koleksi kereta 16 tahun

Walaupun usianya baru berusia 16 tahun, dia sudah mempunyai beberapa koleksi kereta, seperti Land Rover Defender, Nissan GT-R R35, Honda S2000 Mugen, Toyota Aristo dan dua buah Honda Civic EG6.

koleksi kereta 16 tahun

“Salah satu kereta yang paling saya suka ialah Honda Civic EG6 berwarna oren. Ini kerana ianya merupakan kereta pertama saya yang dimodifikasi untuk perlumbaan,” kata David, dipetik dari YouTube Car Collectors.

David juga difahamkan merupakan seorang anak kepada pengusaha marmar. Dia mengakui menyukai koleksi keretanya itu sama dengan citarasa bapanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here