Lumba drag dalam pusat beli-belah, Nissan GT-R R35 tapau Bugatti Veyron

11362

Nissan GT-R R35 mengalahkan Bugatti Veyron dalam perlumbaan pendek yang dianjurkan oleh YouTuber TheStradman.

YouTuber ini telah menyewa sebuah pusat membeli-belah di Utah, Amerika Syarikat untuk mengadakan perlumbaan tersebut.

Nissan GT-R R35 bugatti veyron



Walaupun kapasiti enjinnya lebih kecil, Nissan GT-R R35 memecut dengan lebih konsisten dan memenangi perlumbaan.

Jarak perlumbaan itu juga terlalu pendek (sekitar 100m) dan Veyron tersebut kalah kerana mengalami beberapa masalah termasuk kebocoran minyak.

Ramai peminat TheStradman memberi rasa bimbang mereka sekiranya supercar tersebut akan merempuh deretan kedai kerana tidak dapat mengawal kelajuan.

Walau bagaimanapun, infrastruktur pusat membeli-belah ini tidak mengalami sebarang kerosakan selepas perlumbaan itu. 

Untuk makluman, Bugatti Veyron dikuasakan oleh enjin 8.0-liter W16 yang mampu menghasilkan sehingga 1,000 hp dan 1,200Nm tork. Hypercar ini turut dilengkapi dengan transmisi automatik 7-kelajuan, dan mampu memecut dari 0-100 km/j dalam 2.5 saat dan mencapai kelajuan maksimum sekitar 407km/j.

Manakala Nissan GT-R R35 pula dikuasakan oleh enjin V8 3.8-liter twin turbo yang mampu menghasilkan 565hp dan 633Nm tork.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Stradman (@thestradman)

Nama sebenar TheStradman ialah James Lucas Condon, dan dia difahamkan memiliki koleksi kereta mewah seperti Bugatti Veyron, Lamborghini Aventador, Ferrari, Tesla, Ford Mustang dan sebagainya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here