Kos tukar minyak pelincir Bugatti Veyron menyamai harga dua Perodua Axia

15893

Bugatti Veyron adalah satu daripada supercar terpantas di dunia. Sebagai supercar premium, sudah tentu harga kereta ini sangat mahal sehingga mencecah jutaan ringgit.

supercar Bugatti Veyron

Bagaimana pula dengan kos servisnya? Berdasarkan daripada Facebook Unilad Tech, terdapat satu video untuk proses penukaran minyak enjin Bugatti Veyron. Kosnya tidaklah tinggi sangat, kira-kira USD21,000 (RM91,770) “sahaja” atau bersamaan harga dua buah Perodua Axia. 



Sebenarnya bukan senang juga proses menukar minyak Bugatti Veyron ini. Ia boleh mencecah kira-kira 27 jam. Kalau kereta biasa, paling lama pun hanya dua jam.

Seperti diketahui, Bugatti Veyron ini adalah edisi Vitesse Series ‘Ettore Bugatti’. Harga supercar itu boleh mencecah USD2.5 juta (RM11.2 juta). Bagaimanapun, harga itu pasti lebih mahal dengan penambahan kos cukai dan penghantaran.

Just like the car itself, changing the oil in a Bugatti Veyron isn't cheap 😬🛢

Posted by UNILAD Tech on Tuesday, April 14, 2020

Sementara harga Bugatti Veyron untuk edisi terhad boleh mencecah USD3.4 juta (RM14.8 juta). Rekod jualan kereta paling mahal Bugatti adalah Bugatti La Voiture Noire dengan harga USD19 juta (RM83 juta).

Walaupun harganya agak tinggi, sebilangan selebriti dan atlet dunia memilih Bugatti sebagai koleksi kereta mewah mereka. Antaranya ialah Cristiano Ronaldo, peninju Floyd Mayweather dan Arnold Schwarzenegger.

7 KOMEN

  1. kereta bodoh better bagi duit eleven million to donation organization poor people, service cost almost 100k minyak pun mahal, engin tiada apa-apa award winning F1 low endurance engine selalu kena mentainance untuk orang kaya ramai regretting bila sedar kereta bodoh diorang lelong baik beli Ferrari or McLaren car

    • Mana tuan tahu dia tak pernah buat donation to poor people? Ingat orang pakai Bugatti ni makan gaji duduk rumah sewa ke? Ni duit tak habis ni tuan, tolong orang dah, tolong mak ayah dah, shopping dah, ada duit lagi beli la Bugatti.

      Kalau dia bagitau dia buat donation, tuan cakap dia riak pulak kan?

      Baik beli Ferrari or McLaren? Tuan rasa kalau owner ni nak beli Ferrari dia tak mampu ke? Sebab apa dia beli Bugatti? Sebab dia minat. Sebab tu duit dia.

      Apa kata tuan sendiri beli Ferrari atau McLaren tu?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here