China larang EV Tesla masuk premis kerajaan

942

Semenjak kejadian seorang wanita melakukan protes di Shanghai Auto Show yang berlangsung pada bulan lalu, hubungan Tesla dan kerajaan China mula menjadi renggang.

Baru-baru ini, kakitangan di beberapa pejabat kerajaan China diberitahu untuk tidak meletakkan Tesla mereka di dalam perkarangan premis kerajaan kerana bimbang keselamatan terhadap kamera yang dipasang pada kenderaan tersebut.



Sekurang-kurangnya dua agensi kerajaan di Beijing dan Shanghai telah diarahkan secara lisan oleh penyelia untuk tidak meletakkan Tesla mereka di tempat kerja.

tesla china

Walaupun jenama kenderaan lain turut mempunyai sensor dan kamera sebagai ciri bantuan pemanduan, larangan tersebut cuma tertakluk kepada kereta jenama Tesla sahaja.

Pada bulan Mac, EV tersebut dilarang memasuki beberapa kompleks tentera di China dengan alasan kebimbangan keselamatan terhadap kamera kenderaan tersebut.

Sehingga kini, Pejabat Penerangan Majlis Negara, wakil yang bertanggungjawab menjaga media untuk pemerintah China, atau pejabat Tesla China masih belum memberikan komen mengenai perkara ini.

Larangan itu memberikan petunjuk baru mengenai kesinambungan hubungan tegang antara China dengan pengeluar kenderaan elektrik dari Amerika Syarikat ini.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here