Kenderaan Tesla dilarang masuk fasiliti tentera China atas faktor keselamatan

2157

Tentera negara China dilaporkan melarang kenderaan Tesla memasuki fasiliti mereka atas faktor keselamatan, kerana kamera onboard yang dipasang pada EV tersebut.

Tesla China

Pihak tentera difahamkan mengeluarkan perintah supaya pemilik Tesla meletakkan kenderaan di luar kawasan fasiliti mereka, kerana bimbang pengeluar itu mengumpul data sensitif melalui kamera yang terdapat dalam kenderaan.



Perintah ini juga telah dikeluarkan kepada penduduk perumahan tentera. Menurut Bloomberg, gambar perintah dari pihak tentera ini telah diedarkan pada media sosial di China.

Tesla China

Selain itu, Wall Street Journal menyatakan kerajaan China telah menyekat penggunaan Tesla oleh anggota tentera dan individu yang bekerja di syarikat milik negara itu dalam industri yang sensitif kerana bimbang berlaku kebocoran maklumat negara.

Kenderaan Tesla dilengkapi dengan pelbagai kamera dan pengesan pada bahagian luaran untuk kegunaan sistem bantuan pemandu dan parkir.

Model 3 dan Model Y juga dilengkapi kamera yang dipasang di cermin pandang belakang, yang ditambah oleh Tesla apabila ciri robotaxi yang dijanjikan dibenarkan.

Pihak berkuasa China bimbang sesebuah Tesla akan sentiasa berada dalam mod rakaman, dan menghantar maklumat sensitif seperti tanda lokasi dan juga video kepada pengeluar tersebut.

Keputusan ini dibuat setelah kajian keselamatan oleh pihak kerajaan China terhadap model Tesla.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here