Taktik bijak polis berjaya umpan mat rempit masuk perangkap

2389

Baru-baru ini satu rakaman video lama yang dikongsi semula telah mendapat perhatian warganet apabila sekumpulan mat rempit berjaya dibanteras anggota polis selepas mereka termakan umpan dalam satu taktik ‘penyamaran dan kepungan’.

mat rempit 'umpan'
gambar hiasan

Rata-rata warganet berasa geli hati selepas menonton video lama yang dikongsi semula itu. Video tersebut telah mendapat pelbagai komen dan perkongsian.

Berdasarkan komen-komen yang dihantar oleh warganet, nampaknya sebahagian daripada mereka berpengalaman dan pernah mengalami situasi yang sama seperti apa yang dirakam dalam video tersebut.



Menurut warganet, mat rempit yang mengepalai bawa mereka lari masuk ke kawasan semak bersebelahan jalan raya besar sehingga terperangkap di satu jalan mati itu merupakan salah seorang anggota polis undercover.

Mereka merupakan ahli Skuad Unit Risikan Operasi (Skuad 42) dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) yang ditugaskan khas untuk membanteras kes jenayah jalan raya serta aktiviti tidak bermoral seperti merempit ini.

Nampaknya taktik penyamaran dan kepungan oleh Skuad 42 ini membuahkan hasil apabila berjaya menangkap sejumlah besar mat rempit dalam satu operasi seperti dalam video yang dikongsi semula ini.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here