Polis Indonesia nekad tembak motosikal mat rempit lumba haram

1793

Isu mat rempit bukan hanya berlaku di Malaysia tetapi merupakan masalah sosial di negara-negara jiran seperti Indonesia.

Aktiviti tidak bermoral ini bukan saja mengundang bahaya kepada diri mereka sendiri, bahkan boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

mat rempit indonesia
gambar hiasan

Terbaharu, tular satu rakaman video menunjukkan sekumpulan remaja di Jakarta, Indonesia sedang asyik berlumba motosikal antara satu sama lain.



Kegiatan mereka telah mengundang kehadiran anggota polis dan melepaskan tembakan bagi menyuraikan perlumbaan haram itu.

Di dalam video tersebut jelas kelihatan seorang anggota polis memegang senjata sambil menunggu remaja yang berlumba motosikal melalui hadapannya sebelum dia melepaskan beberapa das tembakan pada bahagian motosikal.

Ketua Polis Jakarta Timur, Kombes Pol Erwin Kurniawan mengesahkan bahawa rakaman video yang tular itu berlaku pada hari Sabtu minggu lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by smartgram (@smart.gram)

Ramai warganet Indonesia risau melihat rakaman video terbabit, tetapi pihak polis menyatakan senjata yang digunakan tidak menggunakan peluru ‘hidup’, mereka cuma menggunakan peluru kosong yang tidak membahayakan.

“Kami gunakan untuk menyuraikan perlumbaan haram itu,” terang Erwin.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here