Honda Civic EG original Jepun, nadi B16 dengan 200hp!

7577

Honda Civic masih lagi menjadi antara platform dan model popular untuk kaki kereta. Seperti siri Honda Civic EG misalnya, ia mempunyai ciri seperti badan yang rendah, pengendalian mantap walaupun standard kilang, gaya sporti semulajadi, dan rupa yang evergreen tidak ditelan zaman.

Tambah pula model EG hatchback 3-pintu, memang idaman kaki kereta. Bonus: mampu mencairkan para gadis!



Lambakan alat ganti dan komponen aftermarket juga dengan mudah memberi pelbagai idea dan resepi modifikasi.

Bagi Wan, jentera Civic EG3 ini menjadi pilihannya. Nadi B16 telah ditambah “jajan” yang melonjakkan kuasanya kepada 198hp! Boleh tahan kuasanya dari enjin 1.6-liter naturally-aspirated (NA).

Dengan kuasa itu dan berat tak seberapa serta tayar AD08 yang mencengkam, ia mampu memecut ke 135km/j dalam jarak 200m sahaja.

Bahagian luar Honda Civic EG ini tampil kemas dengan gaya ringkas, tapi mempunyai perincian menarik yang memberi klu akan kebolehannya. Cat badan pula diperkemaskan dengan warna hijau R3 seperti pada Satria Neo Lotus Racing Edition.

Untuk bahagian dalam pula, tidak banyak berubah. Wan yang mengusahakan perniagaan servis/membekal tayar mengekalkan ciri asli Civic EG ini, selain hanya beberapa penambahan kecil seperti meter putih ala DC5 dan tombol gear Integra Type-R.

Proses modifikasi Civic EG ini menelan belanja kira-kria RM15k, dengan tempoh masa diambil antara 6 hingga 8 bulan.

Berikut adalah senarai penuh spesifikasi Honda Civic EG yang ringkas dan kemas ini:

Model asas: EG3 original Japan
ECU: Hondata S300
Piston: PHK 84mm
Head: B16A
Cam: B16B Type-R
Retainer: H22A
Intake: B18C R
Throttle body: H23A
Injector: F20B Type-R
Fuel regulator: Sard
Cam pulley: Sard
Cable plug: NGK RO9
Air box: Mugen
Radiator: Alloy Sard
Engine mounting: Hasport
Ekzos: Stainless steel 2.5, extractor Super Race 4-1
Transmission: Stock EG
LSD: Semi Cusco
Suspension: D2 F/R, HKS pillow ball
Brake system: Stock EG
Tayar: Yokohama AD08 195/55/15
Rim: RPF1 14-hole PCD100
Interior: Stock EG
Exterior: CF fender, CF front hood, CF EG spoiler, cat badan hijau R3 oleh Panching Auto Spray
Pemilik: Wan Autopart & Supply
No tel: 019-2066103/017-9147606

Foto dan maklumat oleh: Raziman Sipico

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here