Mini Cooper Malaysia tawarkan tiga manfaat istimewa

427

Mini Cooper Malaysia menawarkan warga MINIacs sebuah keistimewaan yang berupa tiga manfaat pemilikan serba baharu mulai hari ini sehingga 31 Disember.

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia mengulas, “Tahun 2019 menandakan satu lagi pencapaian bagi kami di MINI dalam meraikan ulang tahun yang ke-60, dan kami ingin berkongsi semangat perayaan ini bersama warga MINIacs di seluruh Malaysia yang telah menyumbang kepada pertumbuhan jenama kami selama ini.

“Untuk membawa pengalaman pemilikan premium yang ditawarkan ke aras baharu, kami memperkenalkan tawaran masa terhad buat pemilik-pemilik baharu kenderaan daripada portfolio MINI.”

‘The Great British Deal’ menawarkan ansuran bulanan yang jauh lebih rendah bermula daripada RM2,388 dengan MINI Balloon Financing, pada kadar faedah yang diturunkan bermula daripada 0.77% bagi kenderaan MINI yang dibeli mulai hari ini sehingga 31 Disember 2019.

Pemilik-pemilik baharu juga dapat menikmati rebat insurans bernilai RM2,000 bagi pembelian jentera MINI menerusi pelan pembiayaan MINI tersebut.

Dengan setiap pembelian mana-mana model jentera MINI yang dibuat sepanjang tempoh kempen berkenaan, pembeli tersebut akan menerima satu penyertaan automatik bagi sebuah peraduan di mana seorang pemilik MINI yang bertuah akan dapat dua tiket pelancongan yang ditanggung sepenuhnya ke Great Britain.

Kesemua jentera MINI didatangkan dengan Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 4 Tahun bersama Servis Berjadual Percuma; Bantuan Tepi Jalan 24 Jam serta keahlian MINI Black Card.

Maklumat lanjut mengenai tawaran Mini Cooper Malaysia masa terhad ini boleh didapati di www.mini.my.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here