Proton yakin capai sasaran 100k unit jualan 2019

1463

Proton terus mencatatkan peningkatan jumlah jualannya dengan 9,053 unit untuk Oktober 2019. Ini bermakna jumlah jualan proton 2019 kini ialah 79,833 (domestik dan eksport), iaitu pertambahan sebanyak 46 peratus.

Ia boleh dikira suatu pencapaian yang agak baik jika diambil kira bahawa TIV (jumlah jualan industri) yang menurun sebanyak 1.3 peratus. Dari segi pegangan pasaran, Proton memegang kira-kira 16 peratus pasaran, iaitu peningkatan memberangsangkan 5.2 peratus berbanding tahun lepas.



Proton juga mengukuhkan kedudukannya di tangga kedua dari keseluruhan jualan dan yakin dapat mengekalkan posisi itu hingga ke akhir tahun 2019.

CEO Proton, Dr Li Chunrong berkata, “Kami terharu dengan sambutan yang diterima daripada pembeli kereta di Malaysia. Dalam tempoh hanya lapan bulan dari kami melancarkan SUV pertama serta menaik taraf rangkaian model-model yang lain. Membuatkan PROTON menghasilkan barisan model yang lebih segar berbanding mana-mana jenama lain di Malaysia.”

Proton X70 terus menjadi SUV segmen-C terlaris untuk bulan ke-10 berturut-turut dengan lebih 24,000 unit telah diserahkan sejak pelancarannya Disember lalu.

Proton Saga pula yang menerima kemaskini baru-baru ini, terbukti terus popular dengan 28,000 tempahan diterima setakat ini. Jumlah ini merupakan angka tertinggi dalam tempoh lebih 4 tahun. Untuk Exora, Iriz dan Persona pula, trio ini turut menunjukkan peningkatan jualan keseluruhan.

Bagi menampung peningkatan permintaan dan angka jualan, Proton dalam masa yang sama terus mengembangkan rangkaian pengedarnya. Kini ia mempunyai 108 pusat 3S dan 4S di seluruh negara.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here