BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan barisan motosikal terbaharu

2415

BMW Motorrad Malaysia telah memperkenalkan barisan motosikal terbaharu yang terdiri daripada BMW S 1000 RR, BMW R 1250 R dan BMW R 1250 RS untuk “Menjadikan Hidup Sebuah Pengembaraan” buat para peminat BMW Motorrad di seluruh negara.

BMW S 1000 RR 



BMW S 1000 RR terbaharu kini lahir sebagai generasi ketiga. Komponen enjin dan suspensi telah melalui proses pembangunan yang komprehensif untuk kekal menjadi penanda aras dalam sektor superbike, lengkap dengan reka bentuk serba sporty yang mengagumkan.

Enjin

BMW S 1000 RR dikuasakan oleh enjin sebaris 4-silinder yang terkini. Enjin tersebut mempunyai kapasiti berjumlah 999cc serta output maksima yang lebih tinggi, berjumlah 207hp pada paras 13,500 rpm, dengan kelajuan maksima melebihi 200km/j.

 

Jentera baharu ini juga hadir dengan tork yang lebih tinggi, berjumlah 113Nm pada paras 11,000rpm, ia mengguna pakai 6.4 liter bahan api bagi setiap jarak perjalanan berjumlah 100km.

Jentera ini turut dilengkapi dengan bateri ringan “M” yang bebas penyenggaraan dengan saiz kuasa berjumlah 12V/8Ah. Bukan itu sahaja, BMW S 1000 RR didatangkan dengan BMW ShiftCam Technology yang membekalkan variasi pemasaan injap serta lejang injap pada komponen salur masuk.

Menerusi ruang salur masuk yang dikemas kini, sistem enjin dan ekzos yang lebih ringan menyumbang kepada jumlah berat jentera ini yang dikurangkan daripada 208 kg kepada 193.5 kg, lantas meningkatkan prestasi keseluruhannya.

Sistem

BMW S 1000 RR terbaharu juga didatangkan dengan empat mod tunggangan sebagai standard – “Rain”, “Road”, “Dynamic” dan “Race”. Tambahan lagi, Superbike ini bakal menampilkan “Pro Modes” yang menawarkan tiga lagi mod tunggangan – “Pro 1”, “Pro 2” dan “Pro 3”. 

Panel instrumen jentera ini turut disuai semula, ia menampilkan skrin TFT 6.5 inci. Ia dihubungkan dengan “Multi Controller” pada panel bar hendal di sebelah kiri dan ia boleh dioperasikan dengan segera, selamat dan mudah. Skrin paparan yang disuaikan secara peribadi juga menawarkan pelbagai kegunaan kepada penunggang.

Ia dibelakangi oleh rekaan dinamik yang menampilkan warna-warna BMW M. Pelet warna BMW Motorsport merangkumi “Racing Blue”, “Lightwhite” dan “Racing Red” yang menonjolkan DNA perlumbaan BMW M.

BMW R 1250 R dan BMW R 1250 RS

BMW R 1250 R dan BMW R 1250 RS terbaharu dikuasakan oleh enjin ‘boxer’ yang dibangunkan semula secara signifikan untuk menghasilkan kuasa dan tork lebih tinggi.

Enjin

BMW R 1250 R dan BMW R 1250 RS dikuasakan oleh enjin ‘boxer’ dengan kapasiti berjumlah 1,254cc yang mampu menjana output mencecah 136hp pada paras 7,750 rpm, serta puncak tork berjumlah 143Nm pada paras 6,250 rpm.

Enjin baharu tersebut menawarkan kadar emisi yang ditambah baik, ia merekodkan 110g/km, serta tahap penggunaan bahan api berjumlah 4.75 liter bagi setiap 100 km.

Sistem

Kedua-dua motosikal berkenaan hadir dengan dua mod tunggangan sebagai standard agar motosikal tersebut dapat disesuaikan mengikut kemahuan penunggang. Kawalan Stabiliti Automatik (Automatic Stability Control) yang standard membekalkan tahap keselamatan tunggangan yang tinggi menerusi fungsi cengkaman yang naik.

Bantuan Kawalan Permulaan Curam (Hill Start Control) juga merupakan ciri standard, ia membolehkan pengguna jentera ini berhenti dan memulakan perjalanan di bahagian jalan yang curam.

BMW R 1250 R dan BMW R 1250 RS turut dilengkapi dengan “Riding Modes Pro”, ia menampilkan mod tunggangan tambahan, “Dynamic” dan “Dynamic Pro”, serta Kawalan Cengkaman Dinamik (Dynamic Traction Control atau “DTC”) yang membekalkan kadar pecutan yang lebih efisien dan selamat, khususnya Kawalan Brek Dinamik (Dynamic Brake Control) yang menawarkan ciri-ciri keselamatan tambahan ketika membrek dengan mengelakkan pecutan secara tidak sengaja daripada diaktifkan.

BMW R 1250 R dan BMW R 1250 RS turut dilengkapi dengan fungsi Tunggangan Tanpa Kunci (Keyless Ride) agar para pengguna dapat mengamati sebuah pengalaman yang serba baharu dan menyenangkan.

Dengan pelancaran kedua-dua model ini, BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan barisan motosikal terbaharu dan melengkapkan perungkaian enjin 1,250 cc yang baharu dengan BMW ShiftCam Technology ke dalam pasaran.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here