Kaunter JPJ kini beroperasi hujung minggu

2177

Semua kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mula beroperasi pada hujung minggu bermula semalam.

Berikut informasi tentang operasi kaunter JPJ:



  • Jumaat & Sabtu (Kedah, Terengganu, Kelantan & Johor )
  • Sabtu & Ahad ( negeri lain)
  • Waktu operasi : 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari

Perlu diingatkan semua urusan:

  • Mod bayaran tanpa tunai (cashless) bagi operasi kaunter pada hujung minggu 
  • Jumpa terus (walk in) tidak dibenarkan
  • Urusan perlu dilakukan secara temu janji berjadual 

Difahamkan, kapasiti petugas kaunter JPJ adalah mengikut garis panduan pengoperasian pejabat kerajaan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Tentunya dengan pembukaan kaunter JPJ pada hujung minggu memudahkan lebih ramai pelanggan untuk menyelesaikan urusan tertunggak mereka misalnya memperbaharui lesen memandu, cukai jalan dan tukar hak milik kenderaan.

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here