[Video] Terpulas terotel wanita dan skuter melekap pada gril rumah macam Spiderman

2502

Diulang berapa kalipun pasti ketawa apabila anda menonton video yang tular di media sosial negara jiran itu. 

Video yang dimuatnaik akaun Instagram ceritadriveronline itu memperlihatkan aksi seorang wanita secara tidak sengaja terlanggar gril pintu depan rumahnya. 



Awal video menunjukkan dia ingin mula bergerak dan membelok apabila dilihat arah stereng yang dipusingkan sedikit. 

Namun tidak disangka, wanita tersebut terlebih memulas terotal lalu melanggar gril rumah bahkan helmetnya juga terpelanting.

Kedudukannya dalam posisi berdiri dan motor tersangkut pada gril layaknya Spiderman melekap pada dinding mencuit hati netizen. 

Selepas kejadian sekelip mata itu, wanita berkenaan seolah terkejut dan keliru. Bunyi suara keras motor menghentam gril rumah itu turut mengejutkan jiran berhampiran.

Menerusi video itu kedengaran seorang jiran lelaki memintanya mematikan suis enjin skuternya dengan segera. 

“Matiin, matiin, matiin motornya,” katanya.

 
VIDEO
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Cerita driver online (@ceritadriveronline)

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here