[Video] Belajar bawa motor, emak ini berdesup hilang masuk semak samun

4997

Aksi seorang emak baru belajar menunggang motor mengundang tawa dalam kalangan netizen apabila dia berdesup hilang ke dalam semak samun.

Video tular yang dikongsi akaun Instagram @camerapenjurunews itu menunjukkan seorang remaja lelaki sedang mengajar emak berkenaan menunggang motosikal sambil memegang hendal belakang. 

Kemudian remaja lelaki itu menunjukkan ke arah terotel dan menyuruh emak berkenaan memulas komponen tersebut. 



Bagaimanapun, kemungkinan emak itu memulas terlalu banyak sehinggakan motor bergerak laju.

Remaja itu cuba menahan namun apakan daya motor terlalu laju sehingga genggaman tangannya terlepas dari hendal belakang. Dia cuba mengejar namun emak tersebut lebih laju.

Ibu berkenaan kehilangan kawalan dan boleh dilihat dia cuba menahan dengan kaki sebelum hilang ke dalam semak samun.

Video tular itu mengundang pelbagai respons dari kalangan netizen misalnya ada yang berkomentar barangkali si pengajar lupa memberitahu tentang brek selain menyatakan seharusnya remaja lelaki itu duduk di belakang.

Tidak diketahui keadaan emak berkenaan namun kami mengharapkan dia hanya mengalami kecederaan ringan. Pastinya remaja lelaki berkenaan akan dimarahi oleh emak tersebut.

 

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by camera📷penjurunews (@camerapenjurunews)

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here