CFMOTO 250SR 2020 di pasaran Malaysia minggu ini

2861

CFMOTO 250SR model cukup menarik bakal mengetarkan hati golongan muda telah dilancarkan.CFMOTO 250SR dengan dua varian Standard Edition dan Limited Edition dijangka berada dipasaran negara kita minggu ini.

Model sport dengan enjin silinder tunggal(single cyclinder) boleh dikatakan khas untuk anak muda dengan harga yang diluar jangkaan dan mampu milik. Singkatan ayat SR adalah bermaksud untuk sukan lumba.



CF250SR dilengkapi dengan ciri-ciri seperti berikut:

1) Lampu LED Sporty Full LED yang memberi kecerahan dan keyakinan semasa menunggang waktu malam disamping penampilan yang lebih
mantap pada motosikal.

2) Paparan panel TFT dengan gaya dan maklumat yang jelas kelihatan.

3) Terdapat dua Mod menunggang iaitu Mod sport dan Eco bagi memenuhi gaya menunggang anda.

4) ECU jenama BOSCH.

5) Sistem brek ABS Continental di depan dengan angkup brek 4 omboh. Sementara belakang angkup terapung omboh tunggal.

6) Fork jenis terbalik.

7) Tayar CST

8) Waranti selama 2 tahun tanpa mengira jarak perbatuan(Unlimited mileage).

Berat motosikal ini hanya 165kg. CFMoto 250SR dengan enjin yang bersesaran 249.2 cc DOHC dengan angka output 27.5 hp dan daya kilas 22 Nm pada putaran enjin 7,500 rpm. Bahan bakar ialah 12L penuh.

Ianya juga dilengkapi dengan klac jenis slipper serta enam transmisi kelajuan.Terdapat dua warna pilihan yang menarik yang diklasifikasikan Standard Edition dan Limited Edition.

Limited Edition

Bagi varian Limited Edition pengeluarannya hanya 30 buah sahaja.

Standard Edition

Harga yang ditawarkan pada Standard Edition ialah RM15,800. Sementara harga yang ditawarkan untuk Limited Edition ialah RM17,800.

Tinjauan kami berdasarkan harga serta rekabentuk CF250SR ianya mengamit golongan muda memiliki motosikal superbike kelas pertengahan.Golongan muda yang cenderung pada kelajuan dan rekabentuk sporty, CFMOTO250SR pilihan yang tepat.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here