Lamborghini Miura SV 1972 mungkin akan dilelong dengan harga RM12.7 juta

2716

Lamborghini Miura pertama kali diperkenalkan kepada dunia pada tahun 1960-an. Dihasilkan hanya dalam 800 unit, bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika kereta ini kini dilelong dengan harga melebihi USD2 juta (RM8.5 juta).

Lamborghini Miura

Tetapi apa yang ingin kami ceritakan ialah tentang sebuah Miura yang lebih rare, iaitu Lamborghini Miura SV (Spinto Veloce). Pada tahun 1972, kereta ini telah diperkenalkan dengan hanya 147 unit.



Ia dikuasakan oleh enjin V12 dan digabungkan dengan transmisi manual 5-kelajuan, dimana secara keseluruhannya, ia mampu mencapai kelajuan maksimum 290km/j. Satu kelajuan yang menakjubkan pada masa itu. 

Lamborghini Miura

Kini, sebuah Lamborghini Miura SV kini akan dilelong di Silverstone Auctions, dan dijangka harga kereta ini akan mencecah sehingga USD3 juta (RM12.7 juta). Ia telah digunakan sejauh 51,521km (berdasarkan bacaan pada odometer) dan merupakan antara beberapa model terakhir kereta yang menggunakan enjin jenis split-sump.

Kereta ini juga adalah salah satu dari 11 unit versi stereng belah kanan. Pada asalnya, kereta ini disertakan dengan stereng belah kiri namun seorang pengimport dari Australia yang pernah memilikinya telah melakuakan ubah suai supaya ia sesuai digunakan di sana.

Lamborghini Miura

Dengan warna Rosso Corsa dan casis bernombor 5036, kereta ini juga dilengkapi dengan  limited-slip differential (LSD) dan penghawa dingin. Pada tahun 2004 dan 2005, kereta ini difahamkan telah diubahsuai secara besar-besaran oleh Lamborghini Australia yang menelan kos sekitar USD56,000 (RM238,700).

Pada 2010 pula, Miura SV ini telah diimport ke United Kingdom dan telah dicat semula. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here