Penduduk daerah terpencil di Perancis dapat Renault Zoe percuma selama 3 tahun

1420

Renault telah membantu dalam mewujudkan bandar elektrik 100 peratus pertama dengan memberikan Renault Zoe kepada setiap rumah di Appy, salah satu daerah terpencil di Perancis.

Renault ZOE

Penduduk di daerah terpencil ini tidak seperti sebuah bandar besar di Perancis. Pada tahun 2015, Appy hanya dihuni oleh lebih kurang 25 orang sahaja.



Renault Zoe ini akan diberikan dalam tempoh tiga tahun, dan ia merupakan langkah untuk membuktikan mobiliti elektrik sesuai untuk semua orang.

Setiap ketua keluarga akan menerima satu unit Zoe lengkap dengan pengecasnya. Selain itu, tempat pengecas awam juga akan disediakan di daerah tersebut.

Jika dicas, bateri Zoe yang berkapasiti 52kWh mampu dicas hanya dalam 30 minit untuk membolehkan kereta ini bergerak dalam jarak 144km.

Namun, jika bateri dicas dengan kapasiti penuh, ia mampu mencapai sehingga 394km.

Menurut Renault, sejak diperkenalkan pada awal tahun 2020, kira-kira 100,000 unit Zoe telah terjual di sekitar Eropah.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here