Mercedes-Benz S-Class 2021 dengan beg udara tempat duduk belakang pertama di dunia

1864

Mercedes-Benz S-Class terkenal dengan ciri keselesaan, kemewahan dan juga keselamatannya. Ia juga sering menampilkan inovasi dan teknologi terbaharu dari jenama Jerman itu.

Walaupun belum diperkenalkan secara rasmi, model terbaru dari S-Class ini difahamkan akan disertakan dengan beg udara khas untuk penumpang belakang.

Mercedes-Benz S-Class 2018-2019

Maklumat lengkap tentang ciri keselamatan baru ini akan diperkenalkan pada minggu depan. Menurut Mercedes-Benz, beg udara pada tempat duduk belakang ini direka untuk melindungi penumpang belakang dari kesan hentakan jika berlaku kemalangan. 



Beg udara ini akan dipasang pada bahagian belakang tempat duduk hadapan. Ia akan direka dengan bentuk U yang akan melindungi penumpang belakang terutamanya pada bahagian leher dan kepala.

Belum ada butiran lengkap mengenai beg udara ini dari Mercedes-Benz, namun ianya difahamkan akan mempunyai konsep yang berbeza dengan beg udara pada bahagian hadapan.

Secara khusus, syarikat pengeluar dari Jerman tersebut menyatakan beg udara ini juga akan dapat disesuaikan dengan tempat duduk kanak-kanak, dan akan berfungsi bersama dengan tali pinggang keledar kembung yang disertakan.

Mercedes-Benz S-Class

Selain beg udara baru, Mercedes-Benz juga akan memperkenalkan naik taraf dari fungsi Pre-Safe Impulse Side. Ia akan disertakan dengan sensor radar, yang membantu mengesan kesan sampingan dari sesebuah kemalangan.

Secara automatik kusyen udara yang terdapat pada tempat duduk akan kembung, dan akan menggerakkan pemandu dan penumpang ke bahagian tengah kenderaan. 

Mercedes juga akan menyediakan suspensi E-Active Body Control yang berfungsi untuk menaikkan kenderaan. Jadi, kesan hentakan dari kemalangan akan dialihkan melalui struktur bawah S-Class yang lebih kuat.

Maklumat mengenai S-Class akan terus didedahkan sedikit demi sedikit oleh pihak Mercedes sehingga tarikh pelancarannya pada 2 September akan datang.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here