Parkir merata-rata, sebuah Mercedes-Benz C-Class disiram air baja

1670

Banyak pemilik kenderaan meletakkan kenderaan mereka dengan cuai. Hal ini turut dilakukan oleh seorang pemilik kereta Mercedes-Benz C-Class yang parkir di kawasan pertanian di United Kingdom.

Menurut akaun Twitter @BethMatthewsz, Mercedes-Benz C-Class yang diparkir itu telah mengganggu para petani dan mereka bertindak menyiram kereta tersebut dengan air campuran baja.



“Suasana pantai nampaknya sangat sesak hari ini dengan pemerintah tempatan menyarankan supaya semua orang supaya mematuhi penjarakan sosial.

“Jadi, ramai di diantara mereka memilih untuk meletak kenderaan di ladang,” kata seorang petani dalam satu video itu sambil menyiram air campuran baja ke kawasan tanamannya dan tutut mengenai kereta tersebut.  

“Saya hampir selesai, dan saya tidak akan berhenti. Saya harap anda menikmati mencuci kereta anda setelah saya “mengecat” kereta anda,” katanya.

Seperti yang diketahui, sangat sukar untuk membersihkan kereta tersebut. Ini kerana, kotoran dari air campuran baja tersebut sudah melekat dan kering terkena sinaran cahaya matahari. Bau yang tidak menyenangkan dari air campuran baja tersebut juga sudah tentu sukar untuk hilang. 

Lain halnya jika kereta tersebut telah disertakan dengan lapisan coating, dimana proses membersihkan kereta ini akan menjadi lebih mudah. Jika tidak, kereta tersebut perlu dihantar ke tempat mencuci kereta untuk dibersihkan.

Video tersebut menjadi viral kerana ditonton oleh ratusan ribu pengguna Twitter di seluruh dunia. Sebilangan dari mereka berpendapat bahawa tindakan petani tersebut adalah betul, sementara yang lain menganggapnya salah.

“Sekiranya anda ingin pergi ke pantai dan kehabisan tempat letak kereta, jangan sesuka hatu meletak kenderaan di ladang petanian, terutama ketika mereka sedang menyiram air campuran baja,” menurut akaun Twitter @BethMatthewsz, yang memuat naik video tersebut.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here