Hyundai Sonata Hybrid paling jimat minyak di dunia, perjalanan 83km hanya guna 0.04 liter minyak

2635

Syarikat pengeluar kenderaan dari Korea Selatan, Hyundai telah menghasilkan kereta paling jimat penggunaan minyak di dunia iaitu Sonata Hybrid versi terbaru.

Kereta ini dikatakan mampu menempuh jarak sejauh 83km dengan hanya menggunakan 0.044 liter bahan bakar.

Hyundai Sonata Hybrid



Jentera ini disertakan dengan panel solar pada bahagian bumbung. Hal ini membolehkan Sonata Hybrid dipandu sehingga 1,127km dengan satu tangki penuh bahan api.

“Seperti Sonata Turbo yang dilancarkan pada tahun lepas, jentera ini akan menggunakan teknologi inovatif yang dapat menjadikan bahan bakar lebih efisien,” kata COO Hyundai Motor America, Brian Smith.

Bukan itu sahaja, jentera terbaru ini juga dijanjikan dengan penggunaan sistem keselamatan terbaik. Sebenarnya, sistem keselamatan untuk varian terendah model ini akan lebih baik daripada pesaingnya yang lain dari Jepun.

Jentera ini akan dilengkapi dengan enjin 2.0 GDi HEV yang mampu memberikan kuasa kepada motor elektrik. Apabila tenaga elektrik dan petrol digabungkan, kereta ini dapat menghasilkan 192hp dan 188Nm tork.

Hyundai sendiri masih merahsiakan tentang maklumat tarikh pelancaran dan harga untuk Sonata Hybrid. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here