Kenapa penapis udara ‘aftermarket’ boleh tambah tenaga enjin?

2708

Tempat di mana udara memasuki silinder adalah melalui kotak penapis udara. Kotak penapis udara mempunyai unsur penapis yang kegunaannya untuk menapis zarah udara kotor yang telah disedut.

Untuk kenderaan standard, penapis udara asal dari kilang telah direka supaya ia dapat menapis udara jauh lebih baik.



Walau bagaimanapun, ramai yang tidak berpuas hati dengan penapis udara yang asal dari kilang kerana mereka merasakan kurang tenaga terhadap enjin. Ramai di kalangan para pengguna kereta menggantikan penapis udara asal enjin mereka dengan produk aftermarket.

Secara teknikal, penapis udara aftermarket memang berupaya memasukkan lebih banyak udara ke dalam enjin. Ini menjadikan prestasi enjin lebih cekap kerana ia dapat mengalirkan aliran udara ke dalam ruang silinder dengan cepat.

Jadi, boleh dikatakan enjin itu tidak akan terbeban kerana penapis udara yang tersekat. Biasanya liang penapis udara aftermarket lebih besar daripada liang penapis udara standard asal kilang.

Oleh itu, jika tiada udara yang tersekat, enjin dapat menghasilkan tenaga yang lebih baik walaupun hasilnya tidak ketara.

Walau bagaimanapun, apa yang perlu diberi perhatian ialah penapis udara aftermarket biasanya tidak begitu baik untuk menapis habuk. Walaupun ramai orang percaya bahawa ia boleh meningkatkan kuasa enjin, tetapi bahagian dalam enjin berkemungkinan akan menjadi lebih kotor.

Kredit: GridOto

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here