Lexus UX 2020 kini boleh ditempah, crossover stylo dengan Lexus Safety System +

1747

Antara crossover premium paling stylo dan dinantikan, iaitu Lexus UX akan tiba di negara kita tidak lama lagi.

Ia akan ditawarkan dalam bentuk UX 200 dan dengan tiga varian; UX 200 Urban, UX 200 Luxury dan UX 200 F Sport.



Harga ialah dari RM243,888 hingga RM299,888 (harga atas jalan tanpa insurans, untuk Semenanjung Malaysia).

Dengan itu, Lexus Malaysia kini akan mula menerima tempahan kereta bergaya dan chic ini.

Lexus UX menampilkan gabungan terbaik untuk praktikaliti sebuah SUV dengan gaya elegan sebuah hatchback.

Ia mempunyai garisan lembut dan gril menonjol yang tajam di depan, di samping perhatian kepada perincian di sekeliling badannya. Gaya ini menggunakan konsep hasil kerja Takumi.

Naib pengerusi Lexus Malaysia, Akio Takeyama berkata, “Model baharu yang dinamik ini sememangnya sebuah produk hasil dari kejuruteraan kreatif oleh Lexus yang dipimpin oleh ketua jurutera wanita pertamanya.”

“Rekabentuk ini menghubungkan orang yang melihatnya dengan semangat Engawa (senibina tradisi Jepun yang menggabungkan luaran dan dalaman dengan harmoni).”

Takeyama turut menambah bahawa UX merupakan model pertama Lexus yang menawarkan kemasan baharu yang diinspirasikan oleh bahan kertas Jepun yang dikenali sebagai Washi.

Dibangunkan di atas pelantar Global Architecture-C Platform yang terkini, UX dijuruterakan untuk mempunyai casis yang stabil dan dinamik dengan pemanduan unik.

Pada masa yang sama, ia juga dibangunkan untuk mempunyai tahap keselesaan yang sangat baik.

Lexus UX akan dikuasakan oleh enjin 2.0-liter Dynamic Force naturally-aspirated 4-silinder yang mampu menghasilkan 169hp dan 205Nm tork.

Kuasa disalurkan ke roda depan melalui transmisi CVT Direct Shift 10-kelajuan. Ini membolehkannya memecut dari 0 ke 100km/j dalam 9.2 saat dan mencapai kelajuan maksima 190km/j.

Ciri lain pada Lexus UX ialah pakej keselamatan maju Lexus Safety System + (LSS +), pintu but berkuasa dengan fungsi tendang-buka, cermin pandang panoramik, pengecaj tanpa-wayar, dan sistem audio premium.

Lexus UX akan ditawarkan bersama pakej jaminan 5-tahun tanpa had perbatuan, sokongan selepas jualan di kesemua 7 cawangan seluruh negara dan juruteknik terlatih dan bertauliah.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here