Covid-19: McLaren bakal buang lebih dari suku tenaga kerja, 1,200 pekerja bakal terjejas

1565

Syarikat kecil atau besar, biasa atau premium, mana-mana pengeluar kereta pasti terkesan dengan Covid-19. Ada yang lebih teruk terkesan, dan McLaren nampaknya termasuk dalam kategori itu.

Awal bulan ini, BBC ada melaporkan bahawa pengeluar yang berpengkalan di Woking, UK itu sedang mempertimbangkan untuk menggadai-janji kilang dan koleksi bersejarahnya untuk mendapatkan dana sekitar USD365 juta dan menangani krisis Covid-19.



Sumber sama juga mendakwa keadaan kewangan McLaren sebenarnya lebih buruk dari itu dengan pandemik Covid-19 telah memberi kesan besar kepada jualan dan pengiklanan.

Dari kira-kira 4,000 pekerja syarikat itu, lebih 1,200 dijangka hilang pekerjaan mereka, menurut BBC. Dan kebanyakan pembuangan pekerja akan melibatkan mereka di UK.

Divisyen Formula 1 syarikat itu juga akan terkesan dengan pembuangan itu. Dijangkan 70 dari 800 lebih tenaga kerja akan hilang pekerjaan. BBC melaporkan sekumpulan lagi pekerja akan dibuang pada 2021 sebagai sebahagian dari perancangan memotong belanja sukan permotoran, seperti dipersetujui semua pasukan F1.

Pengerusi McLaren, Paul Walsh berkata, syarikat itu “tidak mempunyai pilihan lain tetapi terpaksa mengurangkan tenaga kerja.”

“Ia sememangnya masa yang mencabar untuk syarikat kami, terutamanya untuk pekerja kami, tapi kami akan bangkit sebagai perniagaan yang cekap dan mapan dengan matlamat jelas untuk kembali berkembang.”

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here