Ini kenderaan milik Youtuber terkenal Syahmi Sazli, dari NVX hingga Mustang!

16184

Siapa sahaja yang tidak mengenali Youtuber terkenal yang berasal dari Kelantan, Syahmi Sazli yang saban hari namanya semakin dikenali dan melonjak naik.

Video-video drama pendek yang dimuat naik di saluran Youtube miliknya mendapat perhatian oleh rakyat Malaysia kerana terhibur dengan gelagat bintang utama Yoe dan Asif. Kebanyakan video juga adalah lakonan spontan mereka.  



Saluran itu kini mempunyai 2.25 juta pengikut dan dan mencatatkan jutaan jumlah tontonan untuk setiap video.

Syahmi juga dikhabarkan memperoleh pendapatan hasil karyanya di Youtube yang dianggarkan puluhan bahkan ratusan ribu ringgit sebulan. Dengan pendapatan tersebut, Syahmi juga dikatakan mampu memiliki beberapa buah kenderaan untuk kegunaan hariannya dan dalam proses pembuatan video.

Disini, kami akan senaraikan beberapa buah kenderaan milik Syahmi Sazli.

  1. Toyota Alphard

Syahmi Sazli

Syahmi dilihat memandu sebuah Toyota Alphard pada awal tahun 2019. Kini, MPV mewah ini berharga sekitar RM300,000 keatas.

2. Ford Ranger

Syahmi Sazli

Dalam kerjayanya, kelibat jentera ini sering dilihat dan ia sering digunakan dalam proses pembuatan video pendek. Anggaran harga untuk jentera ini ialah RM80,000.

3. Honda Jazz

Syahmi Sazli

Honda Jazz telah diguna oleh Syahmi sejak zaman bujangnya sebelum berkahwin dengan isteri, Anissa Faizul. Jentera ini juga banyak digunakan dalam drama pendek.

Baru-baru ini Syahmi telah menukar warna jentera ini kepada warna kuning dengan menggunakan kaedah “wrap“. Anggaran harga untuk jentera ini pada masa ini ialah RM40,000.  

4. Toyota Yaris

Syahmi Sazli

Syahmi Sazali jarang dilihat memandu kereta ini, namun berdasarkan akaun Instagram isterinya iaitu Anissa Faizul, terdapat gambar yang memaparkan Anissa bergambar dengan kereta tersebut.

Tidak dapat dipastikan kereta ini milik Syahmi atau tidak kerana tiada gambar atau video yang menunjukkan Syahmi atau Anissa memandu kereta tersebut.

5. Perodua Alza

Syahmi Sazli menggunakan kereta ini pada sekitar tahun 2018 untuk sesi photo shoot dan urusan penggambaran video. Kini MPV ini dianggarkan bernilai sekitar RM40,000.

6. Ford Mustang

Hasil berkarya di Youtube selama beberapa tahun, Syahmi kini dilihat memandu dan bergambar bersama sebuah Ford Mustang. Jentera dari pengeluar kenderaan Amerika Syarikat tersebut dianggarkan berharga sekitar RM250,000.

Memang Mustang biasa menjadi kenderaan popular bagi mereka yang mula mencipta nama di media sosial, ya?

7. Yamaha NVX

Jangan ingat Syahmi Sazli tak layan motor! Dia juga memiliki motosikal keluaran dari syarikat Yamaha iaitu NVX.

Motosikal ini merupakan kenderaan yang digunakan untuk kegunaan harian Syahmi. Anggaran harga untuk motosikal ini ialah RM12,000.

Sumber: Instagram Syahmi Sazli, Anissa Faizul 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here