Gambar aksi ‘wheelie’ Yamaha Y-Suku sempat dirakam Google Maps

3944

Teknologi Google Maps telah menjadi keperluan untuk kita mengemudi dengan lebih mudah, tak perlu lagi berhenti tepi jalan bertanya kepada orang.

google maps

Tetapi ada satu perkhidmatan dari teknologi ini yang menjadikan semua orang dapat “menjelajah” seluruh dunia, iaitu fungsi Google Street View.

Bukan sekadar peta digital, semua orang dapat melihat jalan di seluruh dunia dengan lebih jelas, bahkan kadang-kadang terdapat beberapa perkara pelik sempat dirakam oleh kamera Google Maps, seperti dalam video yang dimuat naik oleh akaun Instagram @motretbikers.

Dari muat naik yang diambil menggunakan Google Street View tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang menunggang motosikal sambil melakukan aksi ‘wheelie‘. 

Motosikal yang ditunggang dikenalpasti sebagai Yamaha Y15ZR atau popular dengan panggilan Y-Suku dalam kalangan masyarakat di negara kita.

Berdasarkan video tersebut, kejadian ini dipercayai berlaku di Jalan Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Anda pernah terjumpa perkara-perkara pelik dari fungsi Google Street View ini? Jika anda, kongsikan kepada kami!

Jom Baca:   Video: Zizan Razak bagi petunjuk, Yamaha 155 VVA bakal tiba?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here