“Mak ai ustaz petrolhead jugak rupanya” – kata netizen kat Ustaz Ebit Lew

3871

Umum mengetahui popular Ustaz Ebit Lew mempunyai beberapa rangkaian perniagaan dan sumber pendapatan. Jadi tidak pelik jika beliau mampu tinggal di banglo tiga tingkat dan memiliki beberapa kereta mewah.

ebit lew

Terbaru, beliau berkongsi di Instagram klip video pendek beliau berada di dalam sebuah kereta sports Audi berwarna putih. Jentera tersebut dipercayai merupakan Audi R8 5.2 V10 Plus Coupe keluaran tahun 2017.



Tidak dinyatakan kereta itu adalah miliknya. Dan tidak juga diberitahu ia adalah pemberian kepada isteri.

Tetapi berdasarkan kapsyen ditulis seakan memberitahu ia merupakan hadiah untuk isteri tersayang. Dan tiada apa yang salah jika ia betul sekalipun.

View this post on Instagram

Syukur pada Allah pemberi rezeki. Terima kaseh Allah. Doa terbaik Alhamdulillah. Belanja atas isteri dan keluarga sedekah paling besar nilainya. Nafkah wajib. Apa yang kita suka untuk diri itu juga kita kongsi dengan isteri. Ada orang boleh beli kasut mahal. Beli rim kereta. Beli radio aksesori kereta atau motor. Belanja ikut kemampuan tanpa menyusahkan diri. Tapi dengan isteri dan keluarga susah nak belanja. Masam muka. Belanjalah kerana Allah buat keluarga. Dengan belanja isteri dan keluarga Allah beri kita kaya dan rezeki melimpah ruah. Dan paling utama Allah maafkan dosa kita sebab pemberian kita. Sebelum pergi kerja saya selalu duit tinggal atas meja. Beri kad bank pada isteri. Ambil insuran buat isteri kerana Allah. Sebab tahu belanja anak dan isi rumah banyak. Barang dapur jer dah berapa. Susu pampers anak. Allahuakbar.. Dari dulu lagi. Tak pernah tanya duit tu untuk apa. Senyuman dan pengorbanannya tak terbayar. Janganlah kedekut pada isteri dan keluarga. Isteri ibu pada anak kita. Sedih baca ramai juga masa takde duit takperlah. Isteri pun tak susahkan suami. Tapi dah senang mulalah guna untuk macam-macam tapi lupa belanja isteri. Beri nafkah buat isteri ini wajib mengikut kemampuan. Senangnya apa kita suka untuk diri kita. Kita nak isteri dapat dan rasa perkara yang sama. Allah pasti berkati dengan sedekah. Sedekah paling besar nilainya ialah buat isteri dan anak-anak. Buat mak ayah. Dan juga adik beradik-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Jika ia bukan milik Ebit Lew atau bukan hadiah kepada isteri, sama-samalah kita doakan semoga ia menjadi milik beliau.

Untuk makluman, Audi R8 5.2 V10 Plus Coupe dikuasakan oleh enjin 5.2-liter V10, yang mampu menghasilkan sehingga 562hp dan 550Nm tork untuk model standard.

Untuk model Performance pula, ianya dilengkapi dengan enjin yang sama, tetapi akan menghasilkan sehingga 602hp dan 560Nm tork.

Audi R8 5.2 V10 Plus Coupe keluaran tahun 2017

Kedua-dua model mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 3.4 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum pada 330km/jam.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here