Yamaha Y15ZR edisi khas Girl Power ini sesuai untuk ‘awek’ rider Y-Suku

8306

Hong Leong Yamaha Motor mempamerkan edisi khas Y15ZR Girl Power di booth mereka di Litar Antarabangsa Sepang sempena MotoGP 2019.

Penampilannya cukup ‘cute’ dengan dilengkapi pelekat imej wanita serta corak grafik hitam dan putih dengan berlatar belakang warna merah jambu.



Jentera ini mungkin untuk pameran sahaja kerana tiada maklumat sama ada ia akan dijual atau tidak.

Berhubung spesifikasinya, ia tetap menggunakan enjin 150cc SOHC yang menghasilkan 15hp dan 13.5Nm tork beserta kotak gear 5-kelajuan.

Harga Y15ZR semasa pelancaran ialah RM8,168. Itu tidak termasuk kos-kos tambahan lain seperti insurans, cukai jalan dan yuran pendaftaran.

Y15ZR 2019 mendapat pembaharuan utama seperti unit lampu depan LED, meter kelajuan digital, kill switch, tayar depan lebih besar dan pelekat grafik baharu.

Pada pendapat anda, berapakah harga Y15ZR Girl Power ini sekiranya ia dijual?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here