Bergaduh dengan teman lelaki, wanita ini lompat keluar dari Myvi

4455

Menerusi satu perkongsian sebuah rakaman kamera papan pemuka (daschcam) di Facebook, seorang gadis nekad lompat keluar dari sebuah Perodua Myvi yang dipercayai dipandu teman lelakinya.

Video berdurasi dua minit tersebut menunjukkan sebelum kejadian Myvi tersebut memperlahankan kelajuan dan menyalakan lampu isyarat kecemasan.



Tidak lama kemudian situasi mengejutkan apabila  seorang wanita dilhat membuka pintu lalu keluar dari kenderaan tersebut yang sedang bergerak bahkan nyaris dilanggar oleh kereta si perakam.

Kejadian dipercayai berlaku di Seksyen 7, Shah Alam berdekatan Universiti Selangor.   Rata-rata netizen meninggalkan pelbagai komen yang turut bimbang keadaan wanita tersebut dan ada juga yang berasa simpati.

“Semoga perempuan itu baik-baik sahaja, apa yang jadi dalam kereta itu kita tak tahu tapi kalau lelaki itu naik tangan tinggalkan sahaja orang macam itu.

“Kenapa tak berhenti dan tanya? Mana tau dia kena culik ke?”

BACA>>Pelik bagaimana Myvi ini tersangkut atas tebing tinggi dan lompat longkang besar

BACA>>Tertekan pedal minyak, Myvi rempuh pasar raya dan langgar seorang pekerja makanan segera

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here