Utama Berita Automotif JPJ gantung MYEG sebagai ejen pemungut kuatkuasa 5 Oktober

JPJ gantung MYEG sebagai ejen pemungut kuatkuasa 5 Oktober

6
oppo_0

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggantung perkhidmatan My E. G. Sdn. Bhd. dan Zetrix AI Berhad di bawah Kumpulan MYEG sebagai Ejen Pemungut bagi pihak JPJ berkuatkuasa 5 Oktober ini.

Menurut Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia, Datuk Aedy Fadly Ramli, keputusan berkenaan dilaksanakan setelah mengambil kira pematuhan terhadap terma dan syarat perjanjian yang ditetapkan serta kedudukan obligasi (tanggungjawab) yang masih belum dipenuhi atau diselesaikan oleh syarikat berkenaan.

“JPJ memberi jaminan bahawa urusan dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat akan terus berjalan seperti biasa melalui saluran rasmi dan alternatif yang disediakan,” menurut kenyataan pada Jumaat.

Bagi pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM), Lesen Memandu Malaysia (CDL), permohonan Lesen Memandu Malaysia (LDL), semakan dan pembayaran saman serta pertukaran hak milik boleh dilakukan di saluran alternatif antaranya kaunter JPJ, aplikasi MyJPJ, kiosk JPJ, pejabat pos dan lain-lain. 

Bagaimanapun, tempahan Ujian Undang-Undang Berkomputer (KPP01) yang telah dibuat melalui saluran MYEG sebelum tarikh penggantungan berkenaan masih dibenarkan dan boleh diteruskan seperti biasa.

“Bagi tempahan baharu yang dibuat mulai 5 Oktober, urusan tempahan dan pelaksanaan ujian hendaklah dibuat melalui Pusat Ujian KPP yang disediakan di Institut Memandu di seluruh Malaysia.

“Bagi pembayaran saman melibatkan bukan warganegara Malaysia di pintu masuk sempadan Malaysia-Singapura, kemudahan pembayaran akan disediakan melalui Unit Mobile JPJ yang ditempatkan di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) dan Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam,” jelasnya. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here