Bungkus 10.35kg syabu dalam kedai tayar

277

Sebuah sindiket yang mengeksport dadah ke luar negara tumpas selepas tiga ahlinya ditahan dalam dua serbuan di sekitar kawasan Kulai dan Kempas, Johor Bahru, minggu lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata operasi khas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) itu berjaya menahan dua lelaki tempatan dan seorang lelaki warga asing berusia lingkungan 33 hingga 40 tahun.

Katanya, operasi yang dijalankan pada Selasa lalu kira-kira jam 5 petang telah membuat serbuan pertama di sebuah premis di kawasan perindustrian Senai yang dipercayai cuba dieksport ke luar negara menggunakan perkhidmatan syarikat kurier.



“Hasil pemeriksaan mendapati sindiket pengedaran dadah ini menggunakan modus operandi dengan menyorokkan bungkusan di dalam soket lampu LED bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Susulan itu, polis melakukan melakukan serbuan kedua ke sebuah kedai tayar di Kempas yang dijadikan tempat pembungkusan dadah tersebut sebelum dieksport ke luar negara.

“Polis menahan tiga suspek di premis tersebut bersama sejumlah rampasan dadah,” katanya.

Kamarul Zaman berkata, dalam serbuan itu, polis merampas 166 peket dadah jenis syabu seberat 10.35kg bernilai RM341,616, dua buah kereta, sebentuk cincin, tiga jam tangan dan wang tunai bernilai RM2,920.

“Polis turut memburu dua lagi suspek yang iaitu seorang wanita bernama Jiang Bixia berusia 39 tahun dan seorang lelaki, Kong Bin Rui berusia 29 tahun.

“Orang ramai yang mengenali individu ini boleh menghubungi balai polis berhampiran. Suspek ini dipercayai masih di dalam negara dengan alamat terkini kedua-dua suspek ialah Wave Marina Cove, Jalan Sultan Aminah,” katanya

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here